Monday, January 26, 2009

Tony Bicara Tentang KJ


Antara rahsia kejayaannya, dia berjaya menjalinkan hubungan yang akrab dengan pemimpin tertinggi di negara ini. Daripada hasil hubungan itu, dia berjaya mendapatkan kontrak daripada DRB-Hicom untuk menghantar jemaah haji selama 2 tahun sebelum kontrak itu berpindah milik pada MAS.


Dia juga berjaya mendapatkan kontrak daripada Kementerian Pertahanan selama 7 tahun sebelum nilai kontraknya menyusut 50% selepas Kementerian Pertahanan beralih-tangan kepada DS Abdullah Badawi.Lalu, tidak ada sebab untuk orang ramai mempertikaikan kebolehan Air Asia mendapatkan kontrak kerajaan kerana Air Asia adalah syarikat yang menawarkan kos berpatutan kepada pihak kerajaan.


Bila MAS cuba menjadi syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia terpaksa akur dengan keputusan kerajaan yang beralih-arah kepada MAS dan Tony menerimanya sebagai satu persaingan yang sihat. Bagaimanapun, Tony berasa kesal kerana menaja projek MyTeam yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin. Dia mengakui, menaja My Team adalah kesilapan terbesar yang pernah dia lakukan.Kerana menaja pasukan Khairy, Tony terpaksa berhadapan dengan fitnah yang menyatakan Khairy & Tingkat 4 memiliki 40% saham Air Asia.


“Saya tak suka bercakap macam ahli politik. Beri saya Injil, Quran, atau apapun depan saya dan saya akan bersumpah dengan berkata tidak! Hubungan saya dan Khairy hanya berkenaan MyTeam” kata Tony Fernandez.Sebagai ahli perniagaan, Tony terpaksa menjelaskan perkara ini agar Air Asia tidak menjadi mangsa spekulasi yang boleh menjejaskan masa depan syarikat itu. Tony sedar, jika Khairy terus dikaitkan dengan Air Asia, nama Air Asia akan bertambah buruk. Tambahan pula, Air Asia kini sedang bergelut dengan isu pembinaan LCCT Labu yang telah diprotes oleh para blogger.


Dengan pendedahan ini, Tony telah menjejaskan saham Khairy Jamaludin untuk memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac nanti. Apa yang dapat ditafsirkan, Tony cuba mendapatkan sokongan Mukhriz dengan menyatakan sesuatu yang memburukkan imej Khairy.


Semua orang tahu Mukhriz adalah pencabar terkuat Khairy dan Tun Mahathir pula antara blogger yang paling kuat memprotes pembinaan LCCT baru di Labu, Negeri Sembilan. Inilah salah-satu rahsia kejayaan Tony. Bijak membaca catur politik dan sudah dapat mengenalpasti, siapakah yang bakal menjadi ketua pemuda UMNO pada Mac nanti.


Kita dengar pula ulasan Khairy lepas ni...

No comments: