Saturday, January 31, 2009

Wednesday, January 28, 2009

MB Perak Gila Kuasa!!!!


Tolak TS Muhd Taib


Sumber : Tun Mahathir, http://www.chedet.cc/ (23.1.2009)“Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli UMNO utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara. Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok”.


Komen:
(Tan Sri Muhammad Taib, Kahwin lari ke England 1987, cerai di Malaysia 1991, bayar wang mut’ah RM16 juta 1993. Bawa duit RM2juta di Australia)

Najib dedah sifat-sifat keji orang UMNO sekarang dan yang ada pada Wan Farid.

1. BERLAGAK. NAIK KERETA MEWAH. BERLAGAK TUAN KEPADA RAKYAT."Jangan berlagak... naik kereta mewah dan jangan berlebihan (ketika bertemu pengundi). Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN” kata Najib.

2. TAK MESRA RAKYAT. SALAM TAK TENGOK MUKA. SALAM PILIH-PILH ORANG."Sebab itu, saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat," katanya "Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur salam semua” kata Najib.

3. SALAM TAK IKHLAS KERANA NAK MENANG PILIHANRAYA SAHAJA. BERSIKAP ELIT."Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita (BN) menang. Ini (salam) bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen," katanya.

4. BILA NAK PILIHANRAYA BARU NAK MESRA RAKYAT.Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu memilih tema "mesra rakyat" dalam kempen mereka kerana konsep tersebut sebenarnya dapat memenangi hati rakyat.

5. LUPA DARATAN. TAK BERADAP DI KAMPUNG.Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat di Kuala Terengganu berbeza dengan masyarakat bandar lain kerana mereka masih berpegang kuat kepada adab kampung.

6. ANGKUH DENGAN KEKAYAAN. ANGKUH DENGAN KELULUSAN. TAK BERBUDI BAHASA.Katanya masyarakat di sini, tidak melihat kepada kekayaan atau kelulusan seseorang pemimpin itu, sebaliknya nilai yang tinggi kepada budi bahasa.

KOMEN:UMNO nampaknya dah makin parah. Ciri-ciri asas sebagai wakil rakyat dan budi bahasa pun kena diajar kembali kerana kurang ajar. Kita tidak faham bagaimana UMNO memilih calun yang sebegini teruk untuk bertanding dalam pilihanraya Kuala Terenganu.Sekarang ini nampaknya rakyat tidak bodoh dan tidak mudah dipancing dengan projek. Bawalah projek berjuta ringgit pun tetapi kalau sikap wakil rakyat UMNO menyombong dan tak berubah, rakyat akan tetap tolak UMNO.

Nampaknya pilihanraya Kuala Terengganu menghadapi krisis personaliti calun bukannya masaalah pembangunan atau hudud.