Wednesday, January 28, 2009

Sokong Tun Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO

Salam hormat dan salam sejahtera.

Hari ini sekali lagi Umno telah 'berubah'. Berubah bilamana Pengerusi Jawatankuasa Displin UMNO Tengku Ahmad Rithauddeen mencadangkan Pergerakan Puteri dan Biro Putera UMNO di BUBARKAN kerana dikatakan punca politik wang dalam Umno.

Saya tidak mahu bercerita panjang kerana 'posting' saya sebelum ini sudah menjelaskan segala maksud dan niat. Malah saya mengulangi sekali lagi agar Tengku Ahmad Rithauddeen meletak jawatan secara terhormat sebagai permulaan kepada 'perubahan' dalam Umno.

Semakin hari Umno semakin 'hilang arah'. Selain dari masalah dalaman kesan dari pertandingan bahagian, ada ahli yang digantung dan dipecat, ada wakil rakyat Umno melompat parti, kalah dalam siri pilihan raya kecil. Umno nampaknya 'parah' menanti 'barah'.

Sebelum terlambat, saya mencadangkan Umno segara berubah. Berubah dari 'tidak elok' kepada lebih elok. Saya cadangakan Dato Najib segera bertindak pantas tanpa perlu menunggu bulan Mac atau sebagainya.

Dengan kuasa yang ada pada Timbalan Perdana Menteri, lantik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Displin Umno menggantikan Tengku Ahmad Rithauddeen yang sudah tidak releven lagi dengan Umno.

Cadangan ini bukan mahu 'merendah' martabat dan kedudukan Tun tetapi ianya perlu untuk menyelamatkan Umno yang sedang resah dan gelisah. Meskipun Tun 'bukan' ahli Umno setakat ini tetapi 'rajukan' itu boleh diselesai diperingkat keberanian yang sedia ada pada Dato Najib dan Tun sendiri

No comments: